Sunday, October 7, 2012

TSG Naik Status Kepada Pasukan Pro Continental


Pasukan Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) mendapatkan suntikan semangat apabila bakal dinaikkan taraf status “pro continental” (prokontinental) tahun depan, kata ketua pegawai eksekutifnya, Hadi Hasan.

Beliau berkata, kenaikan status pasukan benua itu adalah berikutan pencapaian gelaran juara benua dengan mengumpul 500 mata sepanjang penyertaan dalam pelbagai kejohanan tahun lepas.

"Pada kejohanan tahun depan, TSG berazam untuk mengekalkan kejuaraan itu sekali lagi,” katanya di Kuala Terengganu, semalam.


Beliau berkata, sesuai dengan kenaikan status itu juga TSG, yang ditubuhkan tahun lepas itu, akan menambah jumlah pelumba daripada 12 orang kepada 14 orang seperti yang disyaratkan

 Hadi berkata, pasukan itu juga sedang mencari beberapa pelumba baru dari dalam atau luar negara bagi persediaan menghadapi jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.

No comments:

Post a Comment