Velodrum Melbourne yang mungkin jadi model di Dungun. |
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib berkata kemungkinan pihaknya akan melakukan lawatan ke Melbourne untuk melihat secara dekat velodrom di negara itu sebelum mengambil ketetapan
Buat masa ini, kerajaan negeri sedang dalam proses perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai reka bentuk velodrom yang akan dibina, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco negeri di Kuala Terengganu, semalam.
"Kita diberi peruntukan RM3 juta...ia sangat sedikit dan peruntukan tambahan diperlukan. Mungkin kita bina velodrom asas sebelum kemudahan lain ditambah secara berperingkat," katanya.
Katanya velodrom itu bukan dibina untuk pertandingan peringkat antarabangsa tetapi sekadar untuk sesi latihan bagi pelumba negeri dan mencungkil bakat baru.
No comments:
Post a Comment