Monday, November 19, 2012

AES - Cuepacs Mahu Pemandu Sektor Awam Diberi Taklimat Khas

CUEPACS akan membuat pendirian muktamad  berhubung kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Sehubungan itu, CUEPACS yang turut dianggotai kira-kira 10,000 pemandu yang berkhidmat dalam sektor awam tidak mahu pendapatan kumpulan sokongan itu terjejas hanya untuk membayar saman AES.

CUEPACS menegaskan pihaknya bukan mahu membantah AES, tetapi sebelum dipasang dan dilaksanakan adalah lebih baik pihak terbabit memberi taklimat khas kepada pemandu terutama yang berkhidmat dengan jabatan dan sektor awam

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata apa membimbangkan CUEPACS ialah pemandu kenderaan sektor awam terutama apabila membawa pegawai atasan.

Katanya, jika ketua pengarah atau ketua jabatan mahu pergi mesyuarat, sudah pasti mereka mahu cepat dan akhirnya akan terperangkap dengan AES kerana memandu melebihi had laju.

Siapa kena bayar saman? Kalau sehari pemandu ini kena dua saman, RM600 dia kena bayar dan bukannya jabatan bayar... ini yang kita tidak mahu berlaku.

Kita juga difahamkan ada lokasi yang hendak dipasang AES tidak sesuai yang disifatkan perangkap dan ini yang membimbangkan, katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas ke-50 Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) Peringkat Kebangsaan di Kuala Terengganu kelmarin.

Hadir sama Presiden KKGLMSM, Datuk Jemale Paiman

No comments:

Post a Comment