Monday, November 19, 2012

Mayat Mangsa Lemas Di Sg. Bukit Keluang Ditemui

Mayat Mangsa Lemas Di Sg. Bukit Keluang Ditemui Mayat mangsa lemas Norhaslin Abu Hassan, 36, yang hilang di Sungai Buit Bukit Keluang Besut, Jumaat lalu ditemui pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 9.28 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamaruddin Zakaria berkata, mayat mangsa ditemui tersangkut di satu kawasan sangkar ternakan ikan kira-kira 1.5 kilometer dari tempat mangsa hilang.

Katanya, mayat mangsa yang merupakan seorang penyelenggara stor sebuah syarikat perubatan di Petaling Jaya, Selangor itu telah dibawa ke Hospital daerah Besut untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment