Saturday, November 3, 2012

APMT Bantu Tangkis Tohmahan Terhadap Kerajaan Terengganu


Lebih 1,000 petugas Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) digerakkan mendekati rakyat seluruh negeri bagi memberi penerangan yang tepat mengenai dasar kerajaan dan menangkis tohmahan dan fitnah pihak tertentu terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Pengarah APMT Roshali Taha berkata untuk tujuan itu, pihaknya akan menumpukan sasaran penerangan kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan individu dengan mendedahkan dasar-dasar kerajaan negeri Terengganu yang telah banyak memberi faedah kepada semua pihak.



 "APMT akan bertindak sebagai orang tengah untuk memperbetulkan isu-isu semasa yang diselewengkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya terhadap kerajaan dan negeri Terengganu.

"Kami akan mengadakan kursus-kursus khas dan majlis-majlis penerangan setiap bulan termasuk kepada lebih 4,000 guru bagi menjelaskan perkara yang benar," katanya Melaka, semalam.

Seramai 240 anggota Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Negeri Terengganu dipilih menyertai kursus Pemantapan Kepimpinan Masyarakat yang berlangsung tiga hari di sebuah hotel di Melaka, bermula semalam.

No comments:

Post a Comment