Friday, November 30, 2012

Ayam Kampung Baka MARDI Dua Kali Ganda Lebih Kualiti

Kakitangan MARDI, Yusof Othman memberi makan ayam kampung baka MARDI yang dilancarkan sempena MAHA 2012 di Serdang semalam. 
Kualiti ayam kampung ternakan Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dilihat dua kali ganda lebih baik daripada harga ayam kampung kacukan.

Pengarah Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik MARDI, Dr. Azizan Ab. Rashid berkata, daging baka ayam kampung pihaknya sudah teruji rendah lemak dan lebih pejal daripada ayam kampung kacukan yang biasa dijual di pasaran.

"Ayam kampung MARDI ini juga lebih seragam dari segi fizikal seperti warna bulu, bentuk badan dan berat badan serta bercirikan ayam kampung asli iaitu mengais dan mengeram telur sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran baka ayam kampung MARDI di laman Pameran Pertanian Malaysia sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di Serdangcsemalam.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom. Menurut Azizan, baka ayam MARDI itu ialah hasil daripada pemilihan baka ayam yang terbaik serata negeri di dalam Malaysia.

"Jumlah ayam permulaan untuk penternakan ialah sebanyak 150 ekor dengan setiap seekor berharga RM1.80," katanya

Kosmo!

1 comment: