Ahli Koperasi Homestay Teluk Ketapang. |
Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Haji Mohd Mazlan Deraman, berkata berdasarkan statistik pihaknya, jumlah keuntungan meningkat berbanding tempoh yang sama berakhir Disember 2011 (RM20,179,601.62) dan 2010 (RM16,383,473.69).
“Jumlah keuntungan semakin meningkat dengan pertambahan koperasi baru setiap tahun. Ia juga disumbang melalui pengumpulan modal dan syer anggota serta program pembangunan perniagaan yang berdaya saing.
''Kesedaran orang ramai menyertai koperasi sebagai sebuah institusi yang mampu memberi manfaat dari aspek pendapatan dan pembiayaan kewangan turut mempengaruhi peningkatan jumlah keuntungan serta aset terkumpul,” katanya kepada Teganukita, kelmarin.
Mohd Mazlan berkata sehingga Jun lalu juga, SKM berjaya merekodkan RM387,559,374.05 aset terkumpul dengan RM243,402,389.63 jumlah dagangan serta RM182,317,364.74 pegangan saham.
Pada masa yang sama, beliau menasihatkan anggota koperasi memperkukuhkan kedudukan dan meningkatkan daya saing bagi menghadapi pelbagai cabaran baru.
Katanya, perubahan dalam ekonomi, politik dan proses liberalisasi pasaran serta kemunculan teknologi baru perlu diikuti supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan tersebut.
No comments:
Post a Comment