Pusat Bahasa Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu mengadakan program Bahasa Inggeris dalam musim cuti sekolah ini.
Program yang memasuki tahun ketiga ini menyediakan kelas pertama dari 18 hingga 29 Nov manakala kelas kedua bermula 2 hingga 13 Dis.
Penolong Pengurus Pusat Bahasa Terengganu, Norrinal Othman berkata empat kelas dibuka iaitu dua kelas bagi murid sekolah rendah dan dua kelas untuk pelajar sekolah menengah.
"Kita masih membuka penyertaan. Setiap kelas dihad kepada 30 orang pelajar.
Tenaga pengajarnya terdiri dari pensyarah berpengalaman," katanya dalam satu kenyataan.
Kelas yang bermula pukul 8.30 pagi hingga 1 tengah hari turut menyediakan makan.
Yuran yang berpatutan dikenakan.
No comments:
Post a Comment