Saturday, November 10, 2012
Pemuda UMNO Bantu Agih Borang BR1M Orang Bujang
Sekretariat Pemuda Umno Kuala Terengganu mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi individu bujang melalui Kaunter Borang (BR1M) Orang Muda yang dibuka di seluruh negeri ini.
Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin berkata, Pemuda Umno Bahagian diarahkan untuk membuka kaunter bagi mengedar borang BR1M Orang Muda di lokasi tertentu.
“Borang berkenaan diedarkan di kawasan luar bandar yang menjadi tumpuan ramai seperti di gelanggang futsal, padang bola, balai raya dan seumpamanya.
“Kita tidak meletakkan sasaran berapa banyak borang diedarkan kerana ia tidak mempunyai kuota tertentu," katanya.
Menurutnya, kewujudan kaunter berkenaan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan borang berkenaan, selain ke Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Katanya, kaunter edaran borang BR1M Orang Muda itu juga akan terus dibuka di serata tempat di seluruh negeri sehingga mendapat arahan ya ditutup.
Sementara itu, penjaga kaunter Borang BR1M Orang Muda di Dataran Shahbandar, Mohd Shahril Azizi, 26, berkata, lebih 2,000 borang telah diedarkan sejak kaunter agihan borang dibuka tiga hari, bermula Isnin lalu.
“Kaunter di Dataran Shahbandar ini akan dibuka selama lima hari bermula Isnin hingga Jumaat, bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.
“Selain untuk orang bujang yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, mereka yang telah berkeluarga berpendapatan RM3,000 dan ke bawah serta warga emas yang belum mendaftar boleh juga mendapatkan borang BR1M ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment