Wednesday, November 14, 2012

Sembilan Pesilat Terengganu Wakil Negara Ke Kejohanan Silat Dunia


Sembilan atlet silat Terengganu telah dipilih untuk mewakili negara pada kejohanan silat dunia di Chiang Rai, Thailand mulai 19 hingga 25 November ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu Zainal Abidin Hussin berkata mereka terdiri daripada enam atlet wanita dan tiga atlet lelaki, yang juga merupakan atlet Sukma Terengganu.

"Pada kejohanan itu, kontinjen Malaysia diwakili 29 atlet termasuk 9 dari Terengganu," katanya di sini hari ini.

Difahamkan ada lapan hingga sembilan pasukan bertaraf dunia yang akan bertanding pada kejohanan itu termasuk negara-negara Eropah. Zainal berkata beliau berharap dengan pendedahan luar negara ini, atlet Terengganu akan dapat menimba pengalaman bagi mempertahankan emas pada Sukma tahun depan.

Pada Sukma lepas, Terengganu mengutip lima pingat emas. Dalam perkembangan lain, Terengganu menghantar seramai 10 orang atlet untuk menyertai kejohanan silat wanita berpasukan terbuka kebangsaan Piala Datuk Seri Rosmah di Melaka bermula semalam.

Terengganu menghantar dua pasukan iaitu pasukan remaja dan pasukan atlet Sukma di samping empat pegawai ke kejohanan lima hari itu.

Beliau berkata difahamkan ada 24 pasukan akan bertanding termasuk pasukan Singapura dan Thailand pada kejohanan itu.

No comments:

Post a Comment