Zakaria mengumumkan pencapaian pelajar Terengganu dalam peperiksaan UPSR - Gambar Haris Fadzillah |
Calon Berkerperluan Khas ( CBK ) Nor Azira Nawa gembira
menunjukkan keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2012 di Sekolah Kebangsaan
Durian Mas II Dungun di Kuala Terengganu hari in.
|
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Zakaria Hussin, berkata enam mata pelajaran berjaya mengatasi pencapaian nasional berdasarkan perbandingan Gred Purata Mata Pelajaran Negeri dengan Gred Purata Mata Pelajaran Nasional.
“Enam mata pelajaran yang mengatasi pencapaian nasional adalah bahasa Melayu (Pemahaman) (SK) (0.06), bahasa Melayu (Penulisan) (SK), bahasa Melayu (Pemahaman) (SJKC) (0.04), bahasa Inggeris (SK)(0.06), bahasa Inggeris (SJKC) (0.08) dan Sains (0.17).
“Walaupun pencapaian negeri merosot sedikit dengan GPN menurun 0.07 daripada 2.14 (2011) kepada 2.21 tahun ini, peratusan calon yang memperolehi pencapaian baik dengan minimum Gred C, iaitu tidak termasuk semua A bagi semua subjek meningkat sebanyak 1.57 peratus daripada 55.54 peratus pada tahun lalu kepada 57.11 peratus tahun ini,” katanya..
Beliau menyatakannya demikian mengumumkan analisis keputusan UPSR 2012, di JPNT, Kuala Terengganu, pagi ini. Hadir sama, Ketua Sektor Akademik JPNT, Zubir Embong. Zakaria berkata, pencapaian calon cemerlang yang mendapat semua A menurun sebanyak 2.34 peratus, iaitu daripada 15.56 peratus pada 2011 kepada 13.22 peratus pada tahun ini.
Bagaimanapun katanya, peratusan calon yang memperolehi pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum meningkat sebanyak 1.16 peratus, daripada 2.35 peratus (2011) kepada 3.51 peratus (2012).
Seramai 23,196 murid merangkumi 22,887 (98.67 peratus) calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 309 (1.33 peratus) calon sekolah swasta yang menduduki UPSR seluruh Terengganu tahun ini .
Teganukita
No comments:
Post a Comment