Sunday, November 11, 2012
Veteran UMNO Digesa Bantu Parti Menangi PRU 13
Anggota Veteran Umno Malaysia harus sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Pemangku Pengerusi Veteran Umno Malaysia Datuk Mohd Zahid Sirat berkata ini kerana pilihan raya umum akan datang bukan sahaja menentukan 'hidup mati' Umno tetapi juga hala tuju bangsa Melayu.
"Pembangkang yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan kerajaan BN dan merampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan di negara ini.
"Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi selama ini dikhuatiri akan terjejas dan terhapus sama sekali," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia ke-5, di Kediaman Menteri Besar di Kuala Terengganu, semalam.
Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkan barisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan Barisan Nasional.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said pula berkata Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) bakal menyaksikan pilihan raya yang sengit kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja berhadapan dengan pembangkang malah dengan pihak luar.
Katanya, Terengganu yang pernah behadapan dengan PAS dan dua kali kalah pada pilihan raya mempunyai pengalaman luas untuk berhadapan dengan pembangkang. Menurutnya, kelahana pertama pada 1959 dan kedua 1999 bukan disebabkan PAS mempunyai kekuatan di Terengganu sebaliknya semangat jati diri ahli Umno tidak tebal dan mudah menerima pujukkan.
Ahmad Said yang juga Menteri Besar Terengganu berkata,kemenangan Pas pada 1999 menjadi kenangan pahit apabila ahli parti itu melakukan pelbagai tindakan sehingga sanggup menghalau kanak –kanak Tadika, menutup balai raya dan menahan kereta Ahli Exco.
“Apa yang menyedihkan pemimpin Pas tidak berbuat sesuatu terhadap tindakan ahli parti dan begitu angkuh apabila mereka dapat memerintah Terengganu bagi kali kedua,” katanya pada majlis meraikan ahli Veteran UMNO Malaysia berkenaan.
Bagaimanapun,katanya, ahli Umno negeri ini bangkit dengan sepenuh semangat untuk menentang kezaliman Pas dan akhirnya berjaya merampas kembali negeri ini ke pangkuan Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, Pas sebenarnya tidak kuat di Terengganu sebaliknya ramai ahli Umno ketika itu berpaling tadah kerana tidak puas hati terhadap sesuatu menyebabkan mereka mengundi Pas.
Menteri Besar berkata, ketika ini kerajaan negeri mempunyai kekuatan lebih untuk berhadapan pembankang kerana mempunyai beberapa agensi yang ditubuh khas untuk membantu rakyat dan sentiasa turun padang bersama masyarakat.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua Vetran UMNO untuk sama-sama menyingsing lengan, menyusun langkag dan mara sederap kepemimpinan UMNO untuk mempastikan kejayaan dan kemenangan BN dalam PRU13 nanti.
Bernama & Teganukita
No comments:
Post a Comment