Wednesday, December 19, 2012

120 Jenis Kuih-muih Tradisional Melayu Pada Karnival 1Malaysia

Sebanyak 60 usahawan Fama akan menyediakan 120 jenis kuih-muih tradisional orang Melayu untuk memeriahkan Karnival 1Malaysia di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) pada 22 Dis di Kuala Terengganu.

Pengarah Fama Terengganu Hasan Jusoh berkata mereka bakal menghidangkan kuih-muih yang jarang didengar sekarang seperti 'gelembung buaya' dan 'gajah merah'.

"Kita akan sediakan sebanyak 10 tempat untuk memasak dan menyediakan kuih-muih Melayu di kawasan TTC pada hari berkenaan," katanya.

Katanya acara itu juga dijangka dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana mengatasi hidangan sebelum ini sebanyak 102 jenis.

No comments:

Post a Comment