Tuesday, December 25, 2012

Banjir - Ibu Mengandung `Bertukar' Bot Empat Kali Ke Pusat Pemindahan

Penduduk menggunakan perahu untuk bergerak di landa banjir.
Seorang ibu yang sarat mengandung, antara mangsa banjir yang terpaksa meranduk air untuk dipindahkan dengan menggunakan bot setelah kediaman mereka mula dinaiki air.

Ketika ditemui, Nor Shahwani Zulkifli, 22, dari Kampung Hulu Seladang di Setiu yang kini mengandung anak kedua, terpaksa 'bertukar' bot sebanyak empat kali untuk sampai ke pusat sementara perpindahan banjir.

Bersama suami dan anak lelakinya yang berusia dua tahun, dia seterusnya dihantar ke Hospital Daerah Setiu bagi penempatan khas ibu mengandung.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Permaisuri, Abdul Halim Jusoh merayu kerajaan supaya melaksanakan segera projek tebatan banjir yang membawa manfaat kepada lebih 30 buah kampung termasuk Hulu Seladang, Che Long, Guntung, Permaisuri, Nyatoh dan Kampung Buluh.

"Penduduk terbabit saban tahun terpaksa dipindahkan akibat banjir sejak lebih 20 tahun lalu dan ini menyukarkan penduduk," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir.

No comments:

Post a Comment