Sunday, December 30, 2012

Banjir - JPM Tangkap 41 Ekor Ular Masuk Rumah

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu (JPAM) membantu menangkap 41 ekor ular yang masuk rumah semasa banjir di negeri ini.

Pegawai JPAM Terengganu Leftenan (PA) Nor Asmawi Abdul Mutalib berkata jenis ular yang ditangkap itu ialah seperti tedung dan senduk dan haiwan itu diserahkan kepada pihak berkuasa relevan.

Dalam tempoh dua hari sahaja sejak banjir mula melanda negeri ini Ahad lepas, pihak JPAM menerima aduan 13 hingga 16 kes ular masuk rumah setiap hari, katanya semalam.

Beliau berkata biasanya pada musim banjir, ular akan mencari tempat perlindungan apabila sarangnya ditenggelami air.

Katanya orang ramai boleh menghubungi pusat kawalan operasi banjir daerah dan negeri yang dibuka 24 jam untuk mendapatkan bantuan menangkap ular yang memasuki rumah mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini.

No comments:

Post a Comment