Sunday, December 16, 2012

Dataran Stesen Bas Jerteh Diturap Selepas Jertih Souq Siap

Dataran Stesen Bas bandar Jertih tidak akan diturap dalam masa terdekat ini bagi mengelak pembaziran berikutan projek pembangunan Jertih Souq akan dilaksanakan tahun depan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Ibrahim Mohamad berkata, kos penurapan di stesen bas dan kereta sewa membabitkan perbelanjaan kira-kira RM500,000 tetapi apabila projek pembangunan bermula tahun depan, banyak kawasan di dataran itu akan berubah.

Menurut Ibrahim, buat masa sekarang, pihaknya hanya menyelenggarakan permukaan stesen bas tersebut dengan menimbus batu sekiranya ia berlubang atau berlopak.


"Jika diturap sekarang membazir juga, sebab itu lebih baik ia diturap selepas pembinaan stesen bas siap sepenuhnya," katanya ketika ditemui pada Program Bubur Asyura Perdana MDB, di Kampung Raja.

Sementara itu katanya, pada program berkenaan, sebanyak 11 kawah dimasak di pekarangan pejabat berkenaan.

Menurutnya, bubur asyura MDB mempunyai keistimewaan kerana mempunyai tiga perasa berlainan iaitu ikan, daging dan ayam.

Pada masa sama, Ibrahim berkata, mulai Januari depan peniaga makanan basah iaitu sayur-sayuran dan ikan akan dipindahkan ke Jertih Souq. “Bangunan pasar lama (sementara) akan dirobohkan untuk dibangunkan, katanya

Menurutnya, sebuah pasar raya akan dibuka di tapak pasar tani sekarang dan kerja pembinaan dijangka tahun depan manakala tapak pasar tani baru akan dipindahkan ke lokasi lain yang sesuai.

No comments:

Post a Comment