Seorang wanita yang telah kehilangan seorang adik lelaki lebih 12 tahun merayu agar adik kandungnya yang kini difahamkan sudah bertukar jantina pulang segera ke pangkuan keluarga.
Rohaini Yatim, 40, yang kini menetap di Kuala Ibai, di Kuala Terengganu berkata kali terakhir dia bertemu adiknya, Ahmad Suhaimi Yatim, 34, ketika itu masih menyewa rumah di Jalan Banggol, pada akhir tahun 2000.
Menurutnya ketika bertemu, dia masih lagi berperwatakan lelaki namun daripada maklumat yang diperoleh daripada rakan-rakan, adiknya itu kini sudah menukar jantina.
"Bukan niat saya untuk mengaibkan dia, cuma saya rayu dia pulang ke pangkuan keluarga.
"Kami tidak pernah menyisihkan dia atau membuang dia dari keluarga, jauh sekali mahu dia terus berjauh hati sehingga langsung tidak pulang sehingga sekarang," katanya semalam.
No comments:
Post a Comment