Saturday, December 15, 2012

Pembangunan Bandar Raya Kuala Terengganu Kekalkan Penempatan Melayu

Pembinaan perumahan sedang berjalan lancar di kawasan Ladang.
 Kerajaan negeri mempunyai tanggung jawab sosial iaitu membantu menyelamatkan tanah orang Melayu daripada terus jatuh ke tangan pihak  lain.

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, sebelum kerajaan negeri melaksanakan pembangunan di Kampung Ladang, sudah 50 lot tanah (lebih empat hektar) di kawasan itu berpindah milik kepada bukan Bumiputera.

Untuk menyelamatkan tanah orang Melayu daripad terus hilang, kerajaan ambil tanah dan bina penempatan yang selesa kepada mereka ,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Bajet 2013 pada pada hari terakhir Sidang Undangan Negeri (DUN) kelmarin.



Menjawab soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) yang mendakwa kerajaan ambil tanah rakyat sebagai ingin merosakkan masa depan orang melayu di bandar Kuala Terengganu.

“Inilah tanggung jawab kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang membela nasib semua bangsa dan sama sekali tidak mengabaikan kebajikan mereka termasuk membina kediaman yang selesa kepada mereka,” katanya.

Untuk makluman katanya, selepas dibuat semakan tanah-tanah Melayu yang terdapat dari bulatan Ladang hingga ke Flat Seri Kolam dan menganjur ke Astaka merupakan tanah yang menjadi idaman semua orang.

“Jadi untuk memenuhi tanggung jawab itulah kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Warisan Negeri mengambil balik tanah-tanah tersebut untuk dibangunkan bertujuan untuk mengekalkan penempatan orang Melayu dalam bandar,” katanya.

Menurutnya, kalau untuk berniaga adalah tidak berbaloi kerana kos yang kita ambil terlalu mahal dan terpaksa buat rumah di kawasan bandar dengan kos yang tinggi serta beri subsidi yang juga tinggi.

Contohnya rumah pangsa Ladang Gemilang, rumah yang dibina melebih rumah yang dirobohkan di kawasan itu dan telah dibayar pampas an dan setengahnya diberi ihsan kerana ada yang menduduki di tanah haram.

“Perumahan Ladang Gemilang mempunyai 280 unit rumah sedangkan mereka yang tinggal di kawasan itu diberi rumah 220 unit dan berbaki 60 unit, maknanya tidak timbul mereka yang tidak dapat rumah, semuanya dapat ,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment