Sunday, December 2, 2012

Dua Cendekiawan Terima Anugerah Ijazah Kehormat


UniversIti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menganugerah dua Ijazah Kehormat kepada dua cendekiawan negara sempena konvokesyen keempatnya yang berlangsung di Kuala Terengganu, semalam.

Penerima anugerah tersebut ialah bekas ketua hakim negara Tun Dr Zaki Tun Azmi (gambar) yang juga merupakan anak kepada bekas ketua hakim negara, telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang manakala Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan dianugerahkan kepada Tan Sri Arshad Ayub

Ijazah Kehormat itu disampaikan oleh Canselor UniSZA Sultanah Nur Zahirah.

Zaki, 67, dilantik sebagai ketua hakim negara dari 21 Okt 2008 hingga 9 Sept 2011, di mana sejarah kerjayanya dalam bidang perundangan bermula apabila beliau memulakan kerjayanya di Jabatan Peguam Negara pada 1969 hingga 1970.

Kemudian beliau dilantik sebagai majistret di Kuala Lumpur pada 1970 manakala pada 1973, beliau dilantik sebagai peguam persekutuan di Bahagian Penggubalan di Jabatan Peguam Negara.

No comments:

Post a Comment