Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, jumlah itu dijangka meningkat hari ini yang juga hari terakhir program dan seterusnya mencapai sasaran tiga juta pengunjung.
"Purata sehari pengunjung MAHA 2012 ialah 400,000 orang. Selain pameran pelbagai seminar turut diadakan untuk memberi maklumat kepada mereka yang berminat dengan bidang agro pertanian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar MyAgrosis MAHA 2012 di Putrajaya smalam.
Pengunjung berjalan bawah teduhan yang sebenarnya pokok sayur-sayuran yang lebat berbuah di MAHA 2012, Serdang semalam. |
Sementara itu, Mohd. Hashim berkata, kini lebih ramai golongan profesional turut terbabit dalam sektor pertanian dan menjadikan bidang itu satu daripada sumber untuk meraih pendapatan tinggi.
"Ada doktor kini menjadi antara pengeksport utama durian ke China, ada doktor yang menjadi penternak ayam...telah menternak hampir 5,000 ekor ayam kampung...ada juruterbang menjadi penternak kambing.
No comments:
Post a Comment