Wednesday, December 26, 2012

Enam Jalan Persekutuan, 16 Jalan Negeri Ditutup Akibat Banjir

Enam Jalan Persekutuan dan16 Jalan Negeri di seluruh Terengganu ditutup kepada semua kenderaan akibat ditenggelami air.

Menurut laporan portal Kenyataan Banjir Negeri Terengganu, sehingga tengah hari tadi, Jalan Persekutuan yang ditutup termasuk Jalan Bukit Diman - Felda Tersat (paras air : 1.5 meter); Jalan Utama Mengkawang – Tersat , Hulu Terengganu (1m), Jalan Gong Kedah (0.5 meter), Jalan Felda Neram 1 (0.3m) dan Jalan Chukai-Air Puteh, Kemaman (1m).

Manakala Jalan Negeri termasuk Jalan Sungai Tong – Pelong (0.6 m), Jalan Permaisuri – Hulu Seladang, Setiu (0.6 m), Jalan Matang / Nibong / Kuala Telemong (0.6m), Jalan Kg. Kejil – Kg.Bukit Perah (2 m) dan Jalan Batu 24/Pengkalan Ajal (2m ) dan Jalan Kuala Berang – Ajil, Hulu Terengganu (1.2m).

Laluan lain yang terlibat adalah Jalan Jerteh/Pasir Akar – Keruak (1m); Jalan Jabi/Oh/Pasir Akar, Besut(0.5m); Jalan Tepus – Kuala Jengai , Dungun(0.3m); Jalan Teladas (0.7m); Jalan Kemasik/Air Jernih/ Ibok / Paman (0.6m) dan Jalan Kerteh-Batu Putih (0.6M) Jalan Kijal / Chengal Besar / Pondok Limau, Kemaman (0.6m).

 Sementara dua laluan, masing-masing Jalan Pelatoh (Kg. Pelatoh), Kemaman ( 0.2m) dan Jalan Jerteh/Pasir Akar – Keruak, Besut (0.3m) hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja.

Portal itu berkata, semua pengguna jalan raya diminta sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai jalan-jalan yang terputus dan ditutup sementara bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini termasuk terperangkap di kawasan banjir dan dibawa arus deras.

Pada masa yang sama, semua pengguna jalan raya juga dinasihatkan sentiasa mematuhi arahan serta amaran pihak berkuasa untuk menjamin keselamatan diri dan juga harta benda sepanjang musim tengkujuh ini.  

Teganuku

No comments:

Post a Comment