Wednesday, December 26, 2012

Jumlah Mangsa Dipindah Meningkat Kepada 7,864 Orang

Selamatkan Warga Emas Anggota bomba mengangkat seorang warga emas, Abdul Rashid Jusoh setelah rumahnya dinaiki air di Kampung Buluh Hilir, Setiu. Abdul Rashid, 51, yang baru menjalani pembedahan dipotong kaki kirinya terpaksa dipindahkan menggunakan bot.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 7,864 orang sehingga 11.30  pagi  ini berbanding 6,100 jam 8.30 malam semalam.

Mereka kini tempatkan dipindahkan di 124 pusat pemindahan banjir.

Sebanyak 129 kawasan di Terengganu kini berada dalam keadaan banjir.

Hulu Besut masih mendahuhui jumlah yang dipindah apabila kini 300 berada di Masjid Gong Duek, 176 di SMK Wataniah,115 di Balairaya Pengkalan Atap dan SK Bukit Payong iaitu 209.

Di Hulu Terengganu, paling ramai mangsa di pusat pemindahan ialah di SK Pengkalan Ajal iaitu 230. Surau Kampung Menerong, 223, SK Matang (151), 218 di Dewan Sivik Batu 24 dan Balai Raya Batu 23 seramai 153.


Bagi Daerah Dungun, seramai 260 mangsa masih di Dewan Sivik Batu 48, Dungun dan di Kuala Terengganu, mangsa paling ramai adalah di SK Tok Jembal iaitu 260 mangsa.

Portal Banjir Majlis Keselamatan menyebut, di Setiu pula mangsa paling ramai adalah di masjid Lama Setiu seramai 209.


Air di beberapa batang sungai termasuk sungai Besut di Kampung La; sungai Dungun iaitu di Pasir Raja dan Kuala Jengai; sungai Nerus, di kampung Langkap; sungai Setiu di Permaisuri; dan sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu kekal berada di paras bahaya.

Namun, setakat ini tiada jalan utama yang menghubungi negeri ini ditutup kepada kenderaan.

No comments:

Post a Comment