Monday, December 24, 2012

FAMA Sasar Jualan 2013 Pasar Tani RM1.5b

Lembaga Kemajuan Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan pasar tani di seluruh negara meningkat 50 peratus kepada RM1.5 bilion menjelang akhir tahun depan.

Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, sehingga kini nilai jualan pasar tani mencecah RM1 bilion dengan 500 pasar tani di seluruh negara.

Beliau berkata, sasaran itu mampu dicapai selaras hasrat Fama untuk menambah jumlah pasar tani kepada 1,000 di seluruh negara pada 2013.

“Pembukaan lebih banyak pasar tani ini juga dapat mengurangkan penglibatan orang tengah dalam memasarkan hasil atau produk pertanian,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jualan istimewa musim perayaan Program Jimat Belanja Dapur Fasa 4 di Melaka semalam.

Beliau berkata, usaha itu secara tidak langsung mampu menyediakan pasaran barangan keperluan termasuk barangan kawalan pada harga yang lebih murah antara 20 hingga 30 peratus dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

No comments:

Post a Comment