Wednesday, December 12, 2012

Fitnah - Felda Hantar Notis Tuntutan Kepada Presiden Anak, Harakah Dan Suara Keadilan

Felda menghantar notis tuntutan kepada Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman, akhbar "Harakah" dan "Suara Keadilan" berikutan didakwa membuat tuduhan yang Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata tuduhan itu tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah. "Malah, ia telah menjatuhkan imej Felda sebagai sebuah konglomerat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Justeru, beliau berkata Felda menerusi peguamnya telah mengambil tindakan awal untuk menyaman Mazlan, Harakh dan Suara Keadilan mengenai kenyataan-kenyataan itu, yang turut disiarkan di laman web sosial Facebook Mazlan.

 "Notis tuntutan telah dihantar oleh pihak peguam kepada pihak-pihak yang terlibat pada 10 dan 11 Dis," katanya.

No comments:

Post a Comment