Wednesday, December 12, 2012

Syarikat Rugi Lebih RM 300,000, Penutup Tangki Air Dicuri

Syarikat Air Terengganu (SATU) kerugian lebih RM300,000 selepas kira-kira 40 keping bumbung penutup dan alatan penyokong tangki air diperbuat daripada aluminium di Bukit Kecil Baru dekat Kampung Batang Gergaji Jabi, Jerteh dilarikan pencuri.

Kejadian kali keempat ini yang terbaru malam tadi dipercayai dilakukan dengan menebuk pagar tangki berkenaan sebelum menceroboh masuk dan melarikan kepingan aluminium terbabit berukuran 1.2 meter X 2.4 meter dengan tujuan untuk dijual.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian tersebut dan telah menerima laporan daripada pihak terbabit.


Beliau berkata tangki air terbabit terletak di atas bukit yang hanya 120 meter dari jalan utama Kuala Terengganu-Jerteh.


Menurut Kamaruddin, tangki air berkenaan dibina pada tahun 1992 dengan kemampuan menampung 4,545 metrik padu air bagi keperluan penduduk di beberapa buah kampung sekitar DUN Jabi.

Tinjaun Bernama ke tempat kejadian bersama kakitangan SATU dan polis mendapati pencuri menceroboh masuk dengan menebuk dua lubang menerusi pagar ke kawasan tangki air berkenaan.

Beberapa pasang selipar, baju T, pemutar skrew dan spanar serta beberapa biji pil dipercayai pil kuda (metahampertamine) ditemui pada bahagian bumbung tangki.

2 comments:

  1. Adakah anda memerlukan apa-apa jenis pinjaman jika ya kontrak saya Encik Anthony yang membantu saya dengan pinjaman hanya beberapa minggu lalu, saya hanya perlu berkongsi ini di seluruh dunia untuk memberitahu orang ramai bahawa masih ada orang yang baik dipanaskan di dunia hari ini. Saya benar-benar kehilangan wang untuk penipu dalam talian semua kerana saya terdesak untuk pinjaman. Sehingga saya melihat komen tentang dia, menghubungi beliau bukan kesilapan tetapi impian datang untuk saya. Sekarang saya seorang lelaki bahagia dengan keluarga saya. Hubungi dia jika anda memerlukan sebarang pinjaman di: susan.credit@hotmail.com

    ReplyDelete
  2. Adakah anda memerlukan apa-apa jenis pinjaman jika ya kontrak saya Encik Anthony yang membantu saya dengan pinjaman hanya beberapa minggu lalu, saya hanya perlu berkongsi ini di seluruh dunia untuk memberitahu orang ramai bahawa masih ada orang yang baik dipanaskan di dunia hari ini. Saya benar-benar kehilangan wang untuk penipu dalam talian semua kerana saya terdesak untuk pinjaman. Sehingga saya melihat komen tentang dia, menghubungi beliau bukan kesilapan tetapi impian datang untuk saya. Sekarang saya seorang lelaki bahagia dengan keluarga saya. Hubungi dia jika anda memerlukan sebarang pinjaman di: susan.credit@hotmail.com

    ReplyDelete