Monday, December 3, 2012

Kejohanan Monsun Cup Bermula Hari Ini, Jeremy Koo Bawa Cabaran Negara


Pentas kejohanan Piala Monsun kini siap sedia menanti 12 pelayar menguji kekuatan untuk bergelar juara di Pulau Duyong bermula hari ini.


Selepas berakhirnya siri jelajah Malaysia Match Racing Circuit |(MMRC) kelmarin, yang juga siri terakhir Alpari World Match Racing Tour (AWMRT) - kuota ke-12 dan yang terakhir sah milik milik jurumudi KFC Malaysia-KRT, Jeremy Koo. Pelayar negara berusia 31 tahun itu akan bersaing dengan pelayar bertaraf dunia dengan lapan di antara mereka juga menumpukan perhatian merangkul gelaran lebih besar iaitu kejuaraan dunia.

Antara pelayar pilihan merangkul kejuaraan dunia kali ini ialah Bjorn Hansen, jurumudi Mekonomen Sailing Team yang berada di puncak carta siri jelajah AWMRT dengan 104.25 mata selepas tujuh sirkit.

Hansen yang belum pernah menang kejuaraan dunia, menyifatkan pertandingan di Pulau Duyong adalah peluang terbaiknya bukan saja untuk memenangi Piala Monsun buat kali pertama tetapi juga meraih kejuaraan dunia sulung.

“Belum ada pelayar Sweden yang memenangi kejohanan dunia AWMRT dan saya mahu membuktikan kali ini yang pelayar Sweden seperti saya juga mampu menjadi juara dunia.

"Saya sudah menyertai pertandingan Piala Monsun sejak 2005 dan harap kali ini tuah akan memihak kepada saya,” katanya yang perlu layak sekurang-kurangnya ke pusingan separuh akhir untuk bergelar juara dunia.

Perkara sama diakui jurumudi Team GAC Pindar, Ians Williams, yang kini berada di tempat kedua carta AWMRT, 2.25 mata di belakang Hansen. Pelayar Inggeris berusia 35 tahun yang juga juara dunia tiga kali itu mengekori Hansen selepas kesilapan pelayar Sweden itu di Switzerland, pada September lalu.

“Kami bernasib baik kerana berada cuma dua mata saja di belakang pendahulu,” katanya.

Berita Harian

No comments:

Post a Comment