Kerajaan Negeri memberi jaminan masalah kesesakan
pesakit terutama yang melibatkan kes bersalin di Hospital Sultanah Nur
Zahirah (HSNZ) akan diselesaikan apabila Kompleks Pakar Materniti siap
pada Mac tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr. A. Rahman Mokhtar Kompleks berkata bangunan enam tingkat itu dibina bersebelahan HSNZ mempunyai 210 katil
di wad, selain 24 unit katil bersalin.
Beliau menjawab Dr Alias Razak (PAS-Bukit Tunggal) semalam, yang
menyatakan keadaan wad bersalin HSNZ yang mengaibkan berikutan tidak
mempunyai kemudahan dan ruang yang selesa untuk menempatkan ramai
pesakit wanita khususnya bagi kes bersalin.
Dr A Rahman berkata, pembinaan kompleks itu juga dapat menyelesaikan
masalah parkir di HSNZ apabila sebanyak 385 tempat letak kereta dibina.
Selain itu sebuah hospital baru bernilai kira-kira RM150 juta bakal dibina tidak lama lagi menggantikan hospital sedia ada di Dungun.
Katanya hospital itu dibina menerusi peruntukan khas Kementerian Kewangan Malaysia secara 'Private Financing Initiative' (PFI).
Katanya fasa pertama pembinaan hospital itu akan bermula pada pertengahan tahun depan dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan seluruhnya.
"Bagi peringkat permulaan kita akan menempatkan sebanyak 108 katil sebaik sahaja hospital itu siap," katanya selepas sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri di Kuala Terengganu semalam.
Sebelum itu, semasa sesi penggulungan, Dr. A. Rahman (BN-Kuala Besut) berkata, biarpun hospital baru akan dibina di Dungun, kerajaan negeri masih bercadang untuk mengekalkan hospital asal yang terletak di tengah-tengah bandar Dungun.
"Hospital sedia ada itu kita mungkin guna untuk tujuan lain termasuk pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Bagaimanapun, ia belum diputuskan lagi buat masa ini," katanya.
No comments:
Post a Comment