Thursday, December 13, 2012

Ramlan Minta JPNT, YIK Pantau Modul KAFA

 Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan Yayasan Islam Terengganu (YIT) diminta memantau modul dan pelaksanaan Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) kerana masih terdapat murid yang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah masih tidak tahu membaca Al Quran dan cara menunaikan sembahyang dengan betul.

"Ini sangat serius kerana sepatutnya murid yang hadir ke kelas Kafa sudah tahu cara membaca Al Quran dan sembahyang yang sempurna," kata  Ramlan Ali (BN-Jabi) semalam.

Membahaskan Ucapan Bajet 2013 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, beliau turut meminta kerajaan negeri menaikkan kuota pemilikan rumah kos rendah kepada pendudu
k miskin di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dari 10 kepada 20 buah.

"Saya sangat berharap agar bilangan rumah ini ditambah kerana bagi setiap DUN yang mempunyai antara 40 hingga 50 kampung, agak sukar untuk menyediakan kemudahan itu sewajarnya.

Sementara itu, Zawawi Ismail (BN-Kuala Berang) pula berharap Kuala Berang diisytiharkan sebagai Bandar Diraja memandangkan ia telah menjadi pusat pemerintahan dan istana sejak tahun 1725/

Selain itu, KUala Berang mempunyai banyak catatan sejarah. Adun kawasan untuk mengagih-agihkan kuota tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment