Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari (SQ) secara bersiri dalam program yang lebih fokus terhadap sesuatu tema penyelidikan ilmiah mulai tahun depan.
Seminar selama dua hari itu disertai 150 peserta dengan 72 pembentang
kertas kerja yang membincangkan mengenai transformasi kehidupan
berlandaskan al-Quran yang boleh diaplikasikan dalam rutin kehidupan.
Ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah UniSZA, Dr Sharifah Norshah Bani Syed Bidin berkata sehingga kini, penganjuran seminar itu diadakan sekali dalam tempoh dua tahun dan tahun ini adalah penganjuran kali ketiga.
"Saya bersyukur apabila usaha kecil UniSZA ini mendapat sokongan padu dalam kalangan tokoh akademik dan masyarakat, malah mereka mahu ia diadakan dengan lebih kerap lagi supaya masyarakat dapat melakukan transformasi kehidupan berlandaskan al-Quran.
"Sudah pasti apabila ia diadakan dalam skala yang kecil dengan tema khusus yang dibincangkan secara ekslusif akan memberi kefahaman yang lebih mendalam terhadap peserta," katanya di Kuala Terengganu semalam.
No comments:
Post a Comment