Sunday, December 2, 2012

Puteri Ketepi Kepentingan Diri Demi Komiitmen Luar Biasa



Pergerakan Puteri Umno bertekad akan terus berjuang di saf paling depan, sekali gus berkongsi suka duka bersama rakyat demi kepentingan parti, bangsa, agama dan negara.

Ketua Pergerakan itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata Puteri kini bersedia mengetepikan kepentingan diri bagi memberi komitmen luar biasa kepada parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

“Kalau ayahanda Presiden tanya apa erti Puteri di sisi, jawabnya kami inilah yang akan berjuang di saf paling depan... kalau ayahanda Timbalan tanya apa makna setia, kami sanggup bergadai harta serta nyawa untuk agama mahupun bangsa.

“Kalau kekanda Wanita tanya siapa akan bangkit membela wanita, Puterilah yang akan memapah mereka dan kalau barisan juang Pemuda tanya siapa rakan sahabat setia,

Puteri sanggup berkongsi derita untuk sampai ke puncak jaya,” katanya.

Puteri UMNO turut berikrar akan berjuang habis-habisan melakukan transformasi politik daripada politik persepsi kepada politik menilai dan mengkaji kerana pergerakan berkenaan menyedari hakikat betapa mereka yang memakai pakaian orang berilmu tidak menjadikan mereka berilmu.

Begitu juga, katanya, mereka yang memakai pakaian orang beragama tidak menjadikan mereka lebih beragama.

 “Ternyata kulit tak menggambarkan isi, nama tak menggambarkan inti, Justeru, dengan tawaduk, Puteri mengaku perjuangan kita bukan pada nama, tetapi amalannya. Kita akan tentang habis-habisan ancaman kepada kesucian akidah Islam dan kita menolak cubaan memperdagang agama sebagai taktik politik murahan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam. Berikutan itu, katanya,

No comments:

Post a Comment