

Jurumudi veteran daripada pasukan Yanmar Racing meneruskan kecemerlangan apabila mengumpul tujuh mata daripada 10 perlumbaan yang dilalui setakat ini.
Bagaimanapun, juara dua kali Piala Monsun itu masih mempunyai baki satu perlumbaan menentang wakil wildcard negara, Jeremy Khoo dari pasukan KFC Malaysia/KRT untuk menamatkan jadual pusingan awal.
Selain Gilmour, jurumudi dari Sweden, Bjorn Hansen turut melangkah ke suku akhir selepas pasukannya, Mekonomen Sailing, mengumpul tujuh mata selepas 11 perlumbaan semalam.
Tiga lagi yang turut melangkah ke pusingan suku akhir dan terikat dengan enam mata masing-masing ialah juara ISAF World Match Racing, Ian Williams daripada pasukan Gac Pindar, Keith Swinton (Black Swan Racing) dan Pierre-Antoine Morvan daripada pasukan Vannes Agglo Sailing Team.
Kedudukan Pusingan Kelayakan:
1. Peter Gilmour (AUS) YANMAR Racing 7 menang 3 kalah 2. Bjorn Hansen (SWE) Mekonomen Sailing 7-4 3. Ian Williams (GBR) Team GAC Pindar 6-3 4. Keith Swinton (AUS) Black Swan Racing 6-3 5. Pierre Antoine Morvan (FRA) Vannes Agglo Sailing Team 6-4 6. Phil Robertson (NZL) WAKA Racing Team 5-3 7. Adam Minoprio (NZL) Alpari Racing Team 5-4 8. Taylor Canfield (USVI) US One 5-4 9. David Gilmour (AUS) Team Gilmour 4-5 10. Laurie Jury (NZL) KIWI Match Sailing 3-6 11. Johnie Berntsson (SWE) Berntsson Sailing Team 2-9 12. Jeremy Koo (MAS) Malaysia/KRT 0-8
No comments:
Post a Comment