Sunday, December 16, 2012

Piala Emas - Terengganu Berputih Mata Seri Dengan Kedah


Kedah melangkah ke final Kejohanan Bolasepak Piala Emas Raja-Raja menerusi kelebihan jaringan tempat lawan selepas seri 1-1 dengan Terengganu pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu malam semalam.

Pada aksi separuh akhir pertama di Alor Setar pada 5 Dis lalu, kedua-dua seri tanpa jaringan.

Bagaimanapun, beraksi di hadapan hampir 6,000 penyokong, Terengganu bermula dengan begitu bersemangat untuk mendahului 1-0 pada minit ke-16 menerusi jaringan ketua pasukan Mohd Nurul Aliff Zainal Abidin.

Namun, Kedah bangkit semula pada babak kedua dengan mengatur gerakan kemas serta melakukan serangan bertali arus.

Usaha Kedah itu berbaloi apabila Hattapon al/ Bun An menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-85, sekali gus memastikan pasukan itu mara ke pentas final tahun ini dengan kelebihan peraturan jaringan di tempat lawan.

No comments:

Post a Comment