Sunday, December 16, 2012

SATU Rugi RM1.63 juta Sebulan Jika Beri Air Percuma


Syarikat Air Terengganu (Satu) akan mengalami kerugian sebanyak RM1.63 juta sebulan atau RM19.56 juta setahun jika syarikat itu memberi 20 meter padu air secara percuma kepada seluruh rakyat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dato’ Haji Za’abar Mohd Adib berkata, kerugian ini tidak termasuk lain-lain masalah berkaitan dengan kebocoran dan sebagainya.

Menjawab menyatakannya menjawab soalan Alias Abdullah (BN-Alor Limbat), pada sesi penggulungan Bajet 2013 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis lalu.


Menjawab pertanyaan Haji Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) mengenai status bumbung Stadium Sultan Mizan bila akan siap, beliau kesal dengan gambaran yang diberi pihak pembangkang iaitu stadium bernilai RM300 juta roboh.

“Tapi hakikat sebenarnya hanya sebahagian bumbungnya sahaja dan kini kerja-kerja pembaikian telah dimulakan pada Oktober lalu secara berperingkat,” katanya.

Katanya, kerja-kerja berkenaan ialah kerja pembaikian dan menguatkan struktur, pembaikian padang serta kerja mekanikal dan elektrikal. Berkait dengan kecurian yang berlaku , Zaa’bar berkata terdapat enam laporan kecurian yang dibuat dan sedang berada dalam tindakkan pihak berkuasa polis.

No comments:

Post a Comment