Ian Williams dan pasukan menjuarai Siri Jelajah Dunia.. |
Kemenangan juara dunia 2011, 2008 dan 2007 itu secara tidak langsung menyingkirkan Hansen selaku jurumudi Mekonomen sailing untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Monsun yang juga siri kemuncak AWMRT, kelmarin.
Juara Piala Monsun 2012 bergambar megah. |
Ketika itu, kedua-dua pasukan itu hanya dibezakan 2.25 mata dan Williams yang mengutip 102 mata di belakang Hansen sudah berjaya memintas kedudukan itu meskipun saingan Piala Monsun ketika itu masih belum berakhir.
Lebih manis, gelaran baru yang diterimanya itu menyamai rekod dicipta legenda sukan kapal layar, Peter Gilmour pada 1990, 1997, 1998 dan 2006.
“Perlumbaan suku akhir yang sangat sengit,” kata Williams kelmarin.
“Apa yang boleh dikatakan, kami sukar menemui rentak awal tetapi saya berbangga dengan krew yang bertungkus lumus dan kekal tabah buat memastikan kemenangan."
Kemenangan itu juga membolehkan Williams, juara Piala Monsun 2011 layak ke pusingan separuh akhir edisi ke-8 kali ini untuk memburu kejuaraan ketiga di Malaysia dengan sebelum ini melakar gelaran sama pada 2007.
“Ini adalah separuh akhir yang keenam daripada tujuh separuh akhir untuk tahun ini. Daripada kesemua perlumbaan itu ada antaranya kami berjaya berada di tangga ketiga terbaik dan pastinya kami menanti (kejuaraan) Piala Monsun buat kali ketiga.
“Ketika ini kami sedang menikmati gelaran juara AWMRT 2012 dan buat kali keempatnya, sudah tentu kami lebih bersiap sedia menanti perlumbaan esok (hari ini),” katanya yang mahu melakar kejuaraan hatrik di Terengganu kelmarin.
Namun, kejuaraan tidak menjadi milik Ian Williams apabila pelayar Virgin Island, Amerika Syarikat, Taylor Canfieldmembuat kejutan menjadi juara.
No comments:
Post a Comment