Monday, December 10, 2012

Sambutan Menggalakkan - Monsoon Ride Diteruskan 2013

Sebahagian daripada peserta Monsoon Ride di Ri-Yaz Heritage Marina & Spa, Kuala Terengganu, kelmarin.
Selepas kayuhan Monsoon Ride bersempena Piala Monsun 2012 mendapat sambutan menggalakkan dengan 350 penyertaan, penganjur acara, Kelab Berbasikal Go8 terus berminat untuk meneruskannya, tahun depan.

Kayuhan santai sejauh 100 kilometer bertemakan 'Berbasikal Untuk Semua' bermula di perkarangan bangunan Marina, Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, dilancarkan Pengerusi Pengerusi T-Best Sdn Bhd, Tan Sri Sabbaruddin Chik, awal pagi kelmarin.

Lebih memberangsangkan, kayuhan anjuran bersama Impiana Prima Enterprise itu turut disertai pasukan terkemuka seperti Terengganu Cycling Team (TSG), atlit pelapis negeri dan pelumba Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu, baru-baru ini.

“Tahun depan kami akan menjemput Anuar Manan serta Harrif Salleh menyertai kayuhan santai ini,” kata wakil penganjur, Ahmad Kamarul

Berita Harian

No comments:

Post a Comment