Sunday, January 27, 2013

36 Bayi Maulidur Rasul Dilahirkan Di Hospital Sultanah Nur Zahirah


Sebanyak 36 orang bayi selamat dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Anwa Sulaiman berkata, daripada jumlah itu, 20 adalah bayi lelaki, manakala 16 lagi bayi perempuan.

Katanya, hanya satu kes sahaja daripada jumlah kelahiran itu melalui pembedahan manakala selebihnya proses normal.

"Semua bayi dan ibu mereka sihat dan empat bayi lagi dijangka akan dilahirkan hari ini dan kita harap mereka juga akan sempat berkongsi tarikh lahir dengan Nabi junjungan kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar yang meluangkan masa melawat bayi-bayi berkenaan di HSNZ di  Kuala Terengganu, kelmarin.

Kesemua bayi berkenaan turut menerima hamper barangan bayi yang disumbangkan kerajaan negeri.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment