Sunday, January 13, 2013

Alves Puas Hati Aksi Negeri Sembilan Menentang Terengganu

De Porras (tengah) masih gagal menemui sentuhan jaringan selepas beraksi dalam dua perlawanan bersama Negeri Sembilan pada aksi Liga Super musim ini. 
Penggendali Negeri Sembilan, Divaldo Alves tetap berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya meskipun masih gagal mencatat kemenangan dalam dua aksi Liga Super musim ini.

Pada perlawanan kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin, skuad kendalian jurulatih dari Portugal itu pulang hampa selepas terikat tanpa jaringan dengan Terengganu.

Hasil keputusan tersebut, Negeri Sembilan kini meraih satu mata daripada dua perlawanan pertama dan masih belum merekodkan sebarang gol musim ini.

Bagaimanapun, Alves berkata, pada perlawanan tersebut anak- anak buahnya menunjukkan peningkatan yang positif berbanding ketika tewas 0-1 kepada Selangor, Selasa lalu.

"Saya berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh para pemain tetapi saya berasa sedikit kecewa kerana kami gagal menggunakan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

"Pada separuh masa pertama, kami lebih banyak menguasai perlawanan dan beberapa kali membuat hantaran berbahaya di kubu lawan, namun masih gagal menjaringkan gol," katanya ketika dihubungi Seremban semalam.

 Alves berkata, pada separuh masa kedua, aksi anak-anak buahnya sedikit menurun, terutamanya selepas kecederaan yang dialami dua tonggak import mereka iaitu penyerang, Emanuel De Por- ras dan pemain pertahanan, William Modibo.

"Walaupun kami terpaksa mengeluarkan pemain utama, kami masih beraksi dengan baik dan dapat menyerap asakan pihak lawan yang lebih banyak menyerang," jelasnya.

Mengulas mengenai prestasi dua tonggak import pasukan itu, Alves berkata, masih terlalu awal untuk menilai prestasi mereka ketika ini. Katanya, adalah tidak adil untuk menilai persembahan mereka berdasarkan dua perlawanan sahaja dan masih banyak perlawanan yang perlu dilalui.

"Pada perlawanan sebelum ini aksi mereka kurang memberangsangkan kerana mengalami kecederaan.

"Saya yakin mereka akan menunjukkan kemampuan sebenar apabila pulih daripada kecederaan dan selepas itu kami akan me- nilai prestasi sebenar mereka. "Saya berharap para penyokong memberi pemain-pemain ini sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan terus memberi sokongan kepada pasukan," katanya.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment