Sunday, January 13, 2013

Khidmat Semua Anggota JKKK Terengganu Disambung Hingga Jun


Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju khidmat semua anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri yang berakhir pada Disember 2012, dilanjutkan sehingga Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A. Rahman Mokhtar berkata berikutan keputusan itu semua JKKK boleh mengadakan mesyuarat bulanan seperti biasa tanpa perlu menunggu arahan Pejabat Daerah.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama JKKKK Kawasan Kuala Besut  malam kelmarin.Hadir sama Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh serta penghulu mukim.

Beliau juga meminta JKKK mengemukakan laporan kepada Pejabat Daerah mengenai kerosakan kemudahan awam di tempat masing-masing akibat banjir baru-baru ini untuk tindakan.

Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan perkhidmatan anggota organisasi itu secara outomatik.

Katanya, keputusan kerajaan itu membolehkan jentera JKKK menjalankan khidmat dan menyusun semula aktiviti bagi faedah penduduk setempat.

Beliau berharap, ahli jawatankuasa JKKK meningkatkan lagi usaha merancang aktiviti serta membantu penduduk yang memerlukan bantuan kerajaan.

“Sebagai agensi yang berkaitan rapat antara rakyat dan kerajaan jawatankuasa perlu memikirkan aktiviti yang boleh member manfaat kepada komuniti,” katanya.

Beliau berkata,, pihak JKKK juga diminta mengemukakan laporan kepada Pejabat Daerah jika ada kerosakan kemudahan awam di tempat masing-masing untuk diambil tindakan pihak berwajib.

No comments:

Post a Comment