Berdasarkan prestasi lama...pemain Johor DT FC, Daniel Guiza (kanan) iaitu bekas pemain antarabangsa Sepanyol dan kelab Getafe tidak menyerlah berbanding pemain tempatan. |
Mengambil contoh kelincahan Fauzi Roslan pada saingan Liga Super malam tadi yang menyaksikan JDT diaibkan tuan rumah dengan keputusan 3-2, Dollah berkata, pemain berasal dari Pekan, Pahang itu menunjukkan prestasi membanggakan dengan menjaringkan dua gol.
"Saya memang tak nafikan bahawa pemain tempatan yang ada di Pahang ini sebenarnya ramai yang boleh pergi lebih jauh.
"Memang kita turunkan dua pemain import tetapi agak tidak menjadi dan separuh masa kedua Tengku Muda Tengku Abdul Rahman (selaku Presiden PBNP) sendiri mencadangkan supaya menurunkan pemain tempatan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan dengan JDT malam katanya.
Ekoran itu beliau menukar dua pemain import skuad Tok Gajah (Nikolce Kleckarovski dan Mohamed Borji) dan terbukti percaturan menurunkan pemain tempatan membuahkan hasil.
No comments:
Post a Comment