Sunday, January 6, 2013

Bantuan Banjir - JKM Masih Dalam Proses Meneliti Nama Mangsa

Mangsa banjir perlu mendaftar dengan JKM.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Terengganu, Zuhaimi Omar berkata, pihaknya masih dalam proses meneliti senarai nama mangsa banjir untuk membuat taksiran kerugian yang dialami kesemua mangsa di seluruh negeri.

“Insya-ALLAH dalam masa terdekat ini, kami (JKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyerahkan senarai nama dan membuat pembayaran kepada semua mangsa banjir yang terlibat secara berperingkat nanti.
 

“Walaupun banjir kali ini agak teruk terutamanya di Kemaman, namun dari segi persiapan, ia berjalan lancar dan kami sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir gelombang ketiga,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, JKM telah membelanjakan kira-kira RM700,000 meliputi bekalan makanan dan lain-lain keperluan untuk kesemua mangsa banjir yang terlibat di seluruh negeri.

Beliau berkata demikian pada Program Gotong-Royong Perdana yang melibatkan lebih 500 orang sukarelawan di Gong Badak baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment