Friday, January 4, 2013

FAM Lulus 41 Pemain Import Sertai Liga M 2013

Frankie Doe (kiri)  kini bersama pasukan Selangor
Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meluluskan seramai 41 pemain import bagi mewarnai kancah Liga Malaysia 2013 yang membuka tirai, esok.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan Sri Dr Aseh Che Mat, dalam kenyataan, berkata, mesyuarat jawatankuasa itu hari ini telah menimbang dan meluluskan permohonan dari persatuan dan kelab-kelab yang beraksi di dalam Liga Super dan Liga Perdana.

George Boeteng menjadi harapan T-Team untuk mengejar sekurang-kurangnya satu piala.

Bagaimanapun, katanya, pemohonan skuad Kuala Lumpur untuk menguna dua pemainSlovakia iaitu Juraj Kuhajdik dan Vladislav Palsa ditolak kerana PersatuanBolasepak Wilayah Persekutuan (FTFA) lewat menghantar pemohonan.

Senarai Pemain Import Yang LULUS bermain dalam Liga Malaysia 2012:

KELANTAN - Dimitrios Petrators, Keita Mandjou, Obinna Nwaneri, Lek K'cria NEGERI SEMBILAN - William Paul Modebo, Emanuel Matias De Poras

SELANGOR - Francis Forkey Doe, Ramez Dayoub PAHANG - Borgi Mohamed, Nikolche Klechkaroski KEDAH - Chayene Medeiros Oliveira Santos, Nelson Marcelo San Martin Arria Gada TERENGGANU - Vincent Bikana, Efa Owana Gean Emmanuel PERAK - Karim Rouani, Rafael Sauza Silva Novais JOHOR - Andre Francisco William, Muriel Juan Orlando

SABAH - Koh Traore, Rhys David Weston SARAWAK - Guy Bwelle, Ivan Babic PERLIS - Dennis Agware Antwi, Emmanuel Ayaah Okine

ATM - Bruno Sebastian Martelotto, Marlon Alex James T-TEAM - Caled Folan, George Boateng

JOHOR DARUL TAKZIM - Simone Del Nero, Daniel Gonzalez Guiza PKNS SELANGOR - Patrick Ronaldinho Wleh, Helmi Loussaief

FELDA UNITED - Carlos Toberto Alvis Pareira Junior, Stephen Damalie, Mohamad Ghaddar

BETARIA FC - Tomas Chovanec, Hillary Odada Echsa SIME DARBY FC - Karlo Primorac, Goran Perak PDRM - Kaye Edrisar, Mohamadou Sumareh.

No comments:

Post a Comment