Tuesday, January 1, 2013
Hadi Sedia Dailog Dengan JAKIM, Tolak Rakaman Tetap Mahu 'Live'
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk beSedia Dailog Dengan JAKIM, Tolak 'Rakaman' RTM rdialog dan menjawab apa juga soalan yang dikemukakan semasa beliau menjelaskan mengenai isu Amanat Haji Hadi menerusi televisyen.
Sehubungan itu jelas beliau, penjelasan itu harus disiarkan secara langsung di RTM atau TV3 dan bukan dalam bentuk rakaman.
“Terpulang pada kerajaan bila mahu diadakan (sesi penjelasan) tetapi dengan syarat ia perlu disiarkan secara langsung selama sejam, saya tidak mahu rakaman sebab ia boleh ditipu (diedit).
“Dalam soal ini, mestilah jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran. Kalau diadakan dialog semasa penjelasan itu dilakukan pun boleh,” kata beliau mengulas mengenai kesediaan RTM untuk menyiarkan penjelasannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.
Kelmarin, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi, namun ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang ini berkata, jika menteri bersetuju dengan permohonannya itu tidak perlu lagi pihaknya menulis surat rasmi kerana permintaannya itu disiarkan media.
“Hal itu (permintaan bersiaran) media dah siar jadi tak perlu lagi buat surat rasmi, dia (kerajaan) buka peluang, jadi saya akan pergi,” katanya ketika di temui di Surau Kampung Jaya sebelum melawat dan menyampaikan bantuan kepada lebih 1,000 mangsa banjir di Dun Air Putih dan Dun Chukai semalam.
Sementara itu. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut baik kesediaan RTM memenuhi permintaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang untuk menjawab mengenai amanatnya 31 tahun dahulu yang dikaitkan dengan gejala perpecahan umat Islam di negara.
"Haji Hadi wajar diberi peluang menjelaskan apa yang menimbulkan persoalan berhubung isu itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa RTM bersedia memenuhi permintaan Hadi untuk muncul di RTM berhubung isu Amanat Hadi pada 1981 yang dikaitkan dengan perbuatan seperti sembahayang dua imam dan menolak sembelihan orang Umno.
Rais berkata bagaimanapun Hadi harus muncul di televisyen dalam bentuk forum yang disertai beberapa orang tokoh agama seperti Mufti dan bukan seorang diri.
Hadi kelmarin meminta membuat penjelasan di televisyen setelah membisu terhadap desakan semakin hebat beberapa pertubuhan bukan kerajaan, bekas anggota Pas dan tokoh agama supaya beliau menarik balik amanatnya kerana menurut mereka ianya mencetuskan gejala seperti mengkafirkan sesama Islam dan perceraian pasangan berlainan fahaman politik di negara ini.
Nik Aziz juga menawarkan diri untuk memberi penjelasan menerusi televisyen berhubung kenyataannya mengapa Pas menentang UMNO.
No comments:
Post a Comment