Ismail (tiga dari kiri) bersama (dari kiri) Usop Wilcha, Zul, Noorizah, Chia dan Nash (kanan) di Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya di Petaling Jaya semalam. |
Poster serta pelekat kereta yang mempunyai tema itu akan diedar kepada pengguna di pondok tol semua lebuh raya di seluruh negara sepanjang kempen itu yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Yang Dipertua PSKLM, Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata, tema yang menggunakan bahasa mudah dan ringkas itu dipilih kerana ia lebih dekat di hati dan senang diingat oleh pemandu di negara ini.
"Ia lebih 'catchy' (menarik) tapi dalam masa sama berkemampuan menyampaikan mesej yang besar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Awan Besar di Petaling Jaya, semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah LLM, Datuk Ismail Md. Salleh. Kempen itu turut melibatkan selebriti seperti Amber Chia, Nash Lefthanded, Usop Wilcha dan pelakon Zul Ariffin bagi menyampaikan nasihat dan panduan pemanduan berhemah kepada pengguna jalan raya
Kosmo!
No comments:
Post a Comment