Tuesday, January 22, 2013

Kalimah ALLAH - Anwar Jadi Bisu, Guan Eng Lari...


Pada ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membisu daripada menyatakan pendiriannya terhadap pemimpin Pas, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus mengelak menjawab pendirian PAS itu.

Anwar bagaikan tidak mahu berganjak daripada keputusan Majlis Syura dalam isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible bahasa Melayu walaupun bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.

Sementara Guan Eng pula mengelak daripada wartawan yang cuba mendapatkan reaksi beliau mengenai keputusan Pas menolak penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu di Pulau Pinang semalam.

Berikutann itu, anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar Anwar dengan mengatakan: "Saya nak tanya, apa pendirian dia sekarang, nak berlakon lagi dengan menyatakan kami (pakatan pembangkang) ini bersatu padu, mantap dan sebagainya.

"Saya nak tanya dia, tolong jawab apa pendiriannya dengan keputusan terbaru pemimpin Pas iaitu bahawa mereka akan ikut (keputusan Majlis) Syura (Ulama). "Jangan membohongi rakyat kerana rakyat nampak semua ini, rakyat nampak mereka ini berlakon dan jangan cari alasan lain dan sebagainya," katanya kepada pemberita di Kuala Piliah semalam.

Beliau ditemui ketika melakukan lawatan kerja di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abdul Samad, Tanjung Ipoh dekat Kuala Pilah.

Isu kalimah ALLAH dibangkitkan oleh beliau dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong para pemimpin pakatan pembangkang termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Pas melalui mesyuarat Majlis Syura pada Ahad menukar keputusan dengan mengatakan kalimah ALLAH adalah khusus untuk agama Islam dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja menukar pendirian, malah menyifatkan pengunaan nama Allah dalam Bible sebagai mengarut.

Kenyataan Guan Eng terus mendapat tentangan pelbagai pihak terutama Pas menyatakan tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh meminta supaya ia dikaji semula.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, pemimpin Pas sepatutnya lebih awal membuat keputusan berhubung isu itu.

Guan Eng pula semalam terus beredar tanpa menghiraukan soalan wartawan selepas sidang media mengenai penafian penglibatan kerajaan negeri dalam penganjuran Penang Run 2013 di George Town.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP tidak melayan soalan-soalan yang diajukan kepada beliau dan terus meninggalkan majlis di pejabatnya itu walaupun dipanggil berkali-kali oleh wartawan.

No comments:

Post a Comment