Tuesday, January 1, 2013

Kerajaan Negeri Belanja RM4 Juta Naik Taraf Lampu Stadium


Kerajaan negeri Terengganu mengeluarkan belanja RM4 juta menaik taraf lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) dalam masa terdekat ini bagi membolehkan aksi perlawanan bola sepak Liga Malaysia ditonton pada sebelah malam.

Bagaimanapun dalam tempoh tiga bulan yang akan datang perlawanan masih lagi perlu dijalankan pada sebelah petang semasa kerja membaiki lampu di stadium itu dibuat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata peruntukan berkenaan digunakan bagi menaik taraf lampu limpah termasuk menggantikan keempat-empat tiang lampu penjuru padang supaya pencahayaan lampu dapat memenuhi piawaian yang digariskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Kontraktor memerlukan masa tiga bulan untuk menyiapkan kerja membaik pulih lampu di stadium itu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan persahabatan pramusim Liga Malaysia di antara pasukan Terengganu dengan T-Team di SSINS Ahad malam.

Ahmad Said berkata mengikut kerja pengubahsuaian itu, kuasa lampu di stadium akan ditingkatkan daripada 1000 lux kepada 1400 lux.

Bagi tujuan itu tiang yang ada sekarang diganti untuk menampung lebih banyak lampu.

No comments:

Post a Comment