Thursday, January 31, 2013

SPR Lancar Portal Rasmi Pilihan Raya


Buat kali pertama dalam sejarah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan portal rasmi yang memuatkan pelbagai maklumat yang tepat dan terkini mengenai perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Laman web tersebut boleh diakses orang ramai melalui alamat, www. pru13.gov.my bermula semalam dan ia memuatkan maklumat seperti persiapan dan pengumuman tarikh pilihan raya, proses penamaan calon dan kempen sehingga hari mengundi.

Apa yang menarik, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, keputusan sebenar mengenai PRU-13 kelak akan dapat dilihat oleh rakyat dalam dan luar negara menerusi laman web tersebut yang akan sentiasa dikemas kini berdasarkan waktu semasa.

"Kewujudan laman web ini bersandarkan tiga objektif iaitu memberi kemudahan kepada pelanggan, pendidikan dan penjelasan isu serta penyaluran maklumat yang cepat dan tepat.

"Semua proses pilihan raya kelak akan dimuatkan dalam portal ini untuk tatapan umum dan SPR hanya mahu maklumat yang sahih dimaklumkan bagi menjamin demokrasi dan ketenteraman awam," ujarnya selepas merasmikan portal tersebut di Putrajayasemalam.

Sejak dibuka, laman web tersebut telah menerima 1,000 pengunjung. Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz memberitahu, jumlah pengundi yang berdaftar dan layak mengundi setakat ini adalah 13.3 juta orang.

No comments:

Post a Comment