Sunday, January 27, 2013

TSG Tidak Mahu Pulang Dengan Tangan Kosong Pada LTdL 2013


Selepas muncul pasukan tempatan pertama berjaya meraih gelaran pasukan terbaik keseluruhan Jelajah UCI Asia musim 2012/2013, pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) tidak boleh dianggap kerdil pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 dari 21 Feb hingga 2 Mac ini.

Pasukan yang dibimbing oleh jurulatih dari Perancis, Sebastien Duclos, akan membariskan pelumba kelahiran Terengganu sepenuhnya tetapi mereka bertekad tidak akan diperkecilkan oleh barisan pasukan handalan dunia pada perlumbaan paling berprestij di Asia itu.

"Kami hanya tinggal tujuh pelumba sahaja...jadi saya belum memutuskan siapa pelumba tunggal yang bakal digugurkan. "Saya masih mempunyai masa sehari sebelum permulaan LTdL untuk menentukan barisan akhir enam pelumba dan ia akan ditentukan selepas kem latihan," kata Duclos, dalam kenyataan, Rabu lalu.

TSG akan menjalani latihan seminggu di Ipoh, Perak dan akan menguji laluan Cameron Highlands, salah satu peringkat pendakian bukit di samping Genting Highlands, pada perlumbaan edisi ke-18 itu

No comments:

Post a Comment