Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu menyediakan peruntukkan berjumlah RM28 juta tahun ini untuk membantu usahawan dari kalangan ibu tunggal serta golongan miskin.
Pengarahnya Shafaruddin Mustaffa berkata bagi membantu usahawan ibu tunggal, RM20 juta diperuntukkan untuk lebih 2,000 orang.
"Peruntukan RM20 juta ini adalah untuk pinjaman modal tanpa faedah bagi meningkatkan pendapatan mereka," katanya semalam.
Beliau berkata YPK akan meningkatkan pinjaman kepada ibu tunggal daripada RM10,000 seorang tahun lepas kepada RM20,000 seorang tahun ini.
Shafaruddin berkata permohonan pinjaman sudah dibuka dan ia boleh dibuat melalui Pejabat YPK di setiap kawasan Parlimen.
Beliau berkata bagi keluarga miskin, RM8 juta diperuntukkan untuk membantu mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
Ia dijangka memanfaat kira-kira 1,000 keluarga miskin, katanya.
No comments:
Post a Comment