Wednesday, February 6, 2013

Bantuan RM50,000 Untuk Aktiviti Pekida



Kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan sebanyak RM 50,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Pekida) Terengganu bagi membantu pertubuhan tersebut menjalankan aktiviti, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau mengumumkan perkara tersebut semasa berucap pada Program Ramah Mesra Menteri Besar Terengganu Bersama Ahli Pekida di Dewan Besar Wisma Darul Iman, malam tadi.


Kira-kira 3000 ahli Pekida seluruh Terengganu hadir pada majlis yang julung kali diadakan itu.

Pengerusi Pekida Kuala Terengganu, Ahmad Shukri Abdullah berkata, perjuangan Pekida adalah untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Sebelum ini, Pekida banyak mengadakan aktiviti seperti kerja-kerja amal dengan menggunakan sumber kewangan sendiri yang disumbangkan oleh ahli-ahli yang prihatin.

Dengan adanya bantuan daripada kerajaan negeri, saya percaya lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh Pekida,” ujarnya ketika berucap di majlis tersebut.

Katanya, sehingga kini Pekida mempunyai seramai 3,527 ahli berdaftar di Terengganu.

No comments:

Post a Comment