Tuesday, February 5, 2013

Terengganu Lulus RM2.33 Juta Untuk Sektor Pertanian


Kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM2.33 juta kepada Jabatan Pertanian untuk pembangunan sektor pertanian di negeri itu tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Asha'ari Idris berkata dalam masa yang sama kerajaan pusat juga memperuntukan sebanyak RM686,600 kepada jabatan berkenaan untuk tujuan yang sama.

"Tumpuan peruntukan itu adalah untuk pembangunan industri padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan pembangunan asas tani," katanya kepada pemberita selepas majlis anugerah dan penghargaaKuala Terengganu, semalam.

Turut hadir Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang negeri Terengganu (LPP) Shamsuddin Mat Rani.

Asha'ari berkata pembangunan industri buah-buahan melibatkan kawasan seluas 435 hektar manakala sayur-sayuran dan tanaman ladang 318 hektar.

No comments:

Post a Comment